Sebuah kumpulan hak asasi manusia dan 16 rakyat Myanmar memfailkan aduan jenayah di Jerman bagi meminta hukuman dikenakan terhadap Jeneral Myanmar, Min Aung Hlaing.<br /><br />Mereka mahu jeneral itu dikenakan hukuman kerana pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang mereka dakwa dilakukan di negara itu selepas pengambilalihan kerajaan pada 2021.